PRODUCTION SUPERVISOR

Auto Import

Ringkasan Kerja :

Membantu APM untuk memimpin dan menyelia sekumpulan pekerja pengeluaran dalam memenuhi kualiti dan sasaran kuantiti; memastikan proses pengeluaran lancar dan mengekalkan disiplin pemimpin dan pekerja bawahan.

Tugas dan Tanggungjawab,

  • Menyelia dan membimbing pekerja bawahan .
  • Membuat stock check rekod Material Request dan Incoming.
  • Memastikan pengeluaran dapat dilakukan mengikut masa ditetapkan berdasarkan keperluan kualiti dan kuatiti yang diperlukan.
  • Memeriksa penetapan mesin dan melaras penetapan mesin jika perlu.
  • Memastikan keselamatan dan persekitaran kerja yang sihat untuk pengeluaran.
  • Mengekalkan disiplin pekerja pengeluaran dibawah penyeliaan.
  • Membuat laporan harian serta bulanan.
  • Memastikan sisa-sisa buangan terjadual dan sisa-sisa bukan buangan terjadual (sisa-sisa kitar semula dan sisa-sisa domestik) dikendalikan dengan betul, dikawal, disimpan, dilupuskan untuk memastikan pematuhan dengan undang-undang dan mencegah pencemaran terhadap alam sekitar. Sila rujuk kepada SW Kod dan Gambar.
  • Memastikan penggunaan bahan kimia dikawal dan menghalang pengunaan bahan kimia berbahaya selaras dengan undang-undang alam sekitar. Selain itu, memahami label bahan kimia supaya keselamatan, kesihatan dan penggunaan peralatan pelindungan diri diikuti dengan betul.

Tugasan sampingan
  • Menyediakan On-Job-Training (OJT) kepada pekerja baru.
  • Menyiasat punca ketidakpatuhan pekerja dan mengambil tindakan pembetulan / pencegahan.
  • Menggunakan sistem ERP dalam membantu fungsi kerja setiap hari.
  • Melaksanakan tugas-tugas lain yang berkaitan seperti yang dikehendaki.

Authorities:
  • Meluluskan permintaan bahan, kebenaran pergi klinik, permohonan cuti, kerja lebih masa pekerja (OT), kebenaran keluar semasa waktu kerja (gate pass).
Pengetahuan, Kemahiran dan Kebolehan yang diperlukan:
  • Pengetahuan menguruskan pengeluaran.
  • Pengetahuan dalam membimbing pekerja bawahan.
  • Keupayaan untuk mengendalikan dan menyelesaikan masalah yang berulang.

Kelayakan:
  • Sekurang-kurangnya SPM.
  • Berpengalaman bekerja Minimum 3-5 tahun dalam bidang yang berkaitan.
Job Types: Full-time, Permanent Pay: RM2,650.00 - RM4,700.00 per month

Benefits

  • Maternity leave
  • Meal allowance
  • Professional development
Back to blog